Setakat ni task aku tak buat lagi adalah Ubs Sage Akaun je. Aku nak start buat lepas habis exam Akaun.
Bukan taknak buat awal-awal. Cuma banyak kekangan yang dihadapi sepanjang minggu-minggu lepas yang menghalang aku selesaikan Ubs tu, tambah pulak lecturer aku bukan jenis push suruh buat Ubs, hem jadi terleka lah jugak😂
Minggu 13, ak kononnya cuma nasib nak login Ubs melalui netbook ak. Install dan SignUp okey no problem, cuma skrin netbook aku tak berapa cukup besar nak support page Ubs tu.
Tapi kann. Lama-lama aku perasan notebook aku dah makin slow sistem dia which is loading tu memang bapak lama ah. Then kadang-kadang nak save file pun lambat sampai buat aku fed up. Surfing internet apa tah lagi, aku tunggu tu tidur pun sempat. Okey tak, yang tidur tu tipu.
Sampai lah satu hari, aku bawak notebook tu buat kerja kat kolej lain; dan tiba-tiba Option Wifi aku not connected. Siap bagitau Failed to connect a Windows service.
Masa ni aku relaks lagi, sebab ingat takde pape sangat. Dalam masa sama, aku cuba jugak godek-godek notebook and search google steps nak baiki but still didn’t at all. Bila dah sampai sehari dua benda ni tak settle jugak, aku mula jadi tak keruan. Sebab banyak kerja tak jalan ni sebab notebook problemmm😭😭.
So jalan terakhir, aku pegi kedai komputer kat KTHO. Dia kata, “Ni kalau nak kena reformat je lah dik. Sebab Windows dia corrupted". Allahuu😭. Ni benda terakhir aku pikir untuk buat. Tambah aku pulak tak duit sangat, yelaa elaun tak masuk-masuk lagi ni hemmm.
At last, minta dana dari PaMa je lahh.
Aku keluar pergi cari kedai untuk reformat hari Sabtu. Faham kan Sabtu biasanya orang kerja half day atau tak bukak langsung. Jadi memang aku tawaf dari KKM sampailah KTHO (technician takde pulak bila aku cari. Staf tu kata kalau aku nak hantar jugak kat situ, Isnin baru ambik. Memang aku taknak la sebab nak guna segera😂), diikuti pusanika (signboard kata bukak sampai 3pm, sampai ke sudah aku tunggu takde hem) dan seterusnya aku pegi KPZ. Alhamdulillah ada jugak kedai terima nak reformat laptop aku dalam hari sama.
Aku baru tau KPZ ni selain mempunyai outlet kedai makan yang paling banyak, tempat ni ada jugak Koop memang peh dua kali ganda lagi besar dari kkm dan guna ada kedai komputer (which is kedai ni repair-repair laptop setakat masalah yang tak serius sangat je lah).
Uncle kedai komputer tu kata, aku kena ambik balik notebook around around 9.30pm.
Dalam 9.45pm aku datang balik, rupanya tak siap lagi. Uncle tu kata dah dua tiga kali jugak dia cuba reformat, taktau kenapa susah sikit nak buat. Okey then settle reformat, nak backup pulak masalah. Disebabkan RAM notebook ak hanya 1GB, speed download dia memang slow ah😂. Mula-mula uncle tu kata, “Adik, you ambik notebook you esok boleh tak? Saya rasa macam lambat sikit je ni"
Disebabkan aku memang dah desperate nak guna notebook tu secepat mungkin, tunggu esok pun taknak😂😂. Aku cakap aku sanggup tunggu notebook tu siap even lambat pun. Sorie uncle, bukan sengaja huhu.
Kau tau siap pukul berapa? pukul 1am baru siap. Nasib baik surau KPZ best, so aku lepak la kat sana sementara tunggu.
Ulasan
Catat Ulasan