Assalamualaikum dan hai!
Pertama-tamanya, disebabkan blog
ini bukanlah berkonsepkan formal, so aku akan banyak bahasakan diri dengan
menggunakan “aku” dan kadang-kadang ada penggunaan bahasa Inggeris dan sedikit
penggunaan emoji. Gambar selain Suksis yang aku letakkan dalam gambar juga
adalah atas ehsan Google, jadi awal-awal lagi aku nak minta maaf kalau ada yang
terasa aku ciplak gambar dorang ke. Huhu.
Di UKM, hanya terdapat empat (4)
badan beruniform iaitu Kor Suksis (Sukarelawan Polis Siswa Siswi), PALAPES
(Pasukan Latihan Pegawai Simpanan), SISPA (Pasukan Siwa Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia) dan BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia).
Dari sebelum masuk Universiti
sebenarnya antara matlamat aku adalah nak masuk mana-mana badan beruniform.
Tapi aim utama samada nak masuk Suksis atau Palapes. Mak ayah sentiasa sokong
aku nak pilih masuk mana-mana dan melalui perbincangan dengan salah seorang
senior di sana, akhirnya aku memilih untuk mencuba nasib untuk memasuki Suksis.
Setelah melalui beberapa ujian, akhirnya aku berjaya menjadi sebahagian ahli Kor
Suksis (Yeepiee HAHAH). Ini sebahagian pasal aku lah. Okey masuk topik utama
balik.
Secara umumnya ada banyak kelebihan
memasuki badan beruniform, tapi aku fokuskan pada 3 perkara sahaja.
1) Jaminan
kerjaya
Dengan memasuki
badan beruniform, para mahasiswa/I didedahkan dengan bidang kerjaya berkaitan badan beruniform yang mereka masuki. Seperti pelatih Kor
Suksis didedahkan kepada kerjaya polis, pelatih Palapes pula didedahkan kepada kerjaya
ketenteraan, manakala pelatih Sispa didedahkan kepada kerjaya APM dan BSSM didedahkan kepada
kerjaya yang berkaitan BSMM.
Dan seperti sedia maklum, selepas
pentauliahan, mereka yang berjaya akan mendapat pangkat. Bagi Kor Suksis,
setelah pentauliahan akan dapat pangkat Inspektor. Manakala bagi Palapes dan
Kor Sispa, masing-masing selepas pentauliahan akan memperolehi pangkat
Leftenan.
2) Mempunyai tempat di kolej.
Secara formal,
setiap mahasiswa/i diwajibkan menduduki kolej sehingga semester kedua. Selepas semester
kedua, mereka diberi peluang samada nak terus tinggal atau duduk luar kolej
iaitu rumah sewa. Untuk menduduki kolej hingga ke semester akhir, tempat adalah
terhad jadi
mereka perlu
aktif melibatkan diri dalam aktiviti kolej atau fakulti. Ada je yang tak aktif
pun dapat stay kolej, tapi yang bernasib baik lah. huhu
Tetapi untuk
mereka yang menganggotai badan beruniform, dah ada tempat yang dikhaskan untuk
memudahkan urusan. Bagi Kor Suksis, Kolej Keris Mas (KKM) adalah
lokasi penempatan. Manakala bagi Palapes, mereka menduduki Kolej Tun Hussien
Onn (KTHO) dan untuk Sispa adalah di Kolej Rahim Kajai (KRK atau ada je sebut
Kajai). Bagi BSMM, kes mereka unik sedikit di mana rasanya dorang boleh pilih
nak duduk kat kolej mana-mana. Disebabkan BSMM kann diperlukan di mana saja? Huhu.
3) Keistimewaan lain
Untuk elaun memang
disediakan untuk Suksis dan Palapes jika cukup jam bagi setiap bulan. Kor Sispa ada juga sediakan elaun, namun bukan secara bulanan dan hanya diberikan jika
pelatih-pelatih terlibat dalam latihan luar.
Elaun untuk pelatih Palapes dan Kor Suksis juga berbeza di mana jumlah elaun Palapes lebih tinggi berbanding Kor Suksis. Hal ini dapat dikaitkan dengan latihan Palapes yang lebih tough berbanding Suksis.
Set uniform juga diberikan bagi Kor Suksis dan Palapes. Kalau Suksis, kami akan diberikan dua persalinan lengkap baju uniform.
Masa Latihan
Kebanyakan badan beruniform memang akan ambil satu hari dalam seminggu untuk adakan latihan dan kebiasaannya hari Sabtu diambil. Kor Suksis setiap pelatih diwajibkan menghadiri latihan tanpa gagal pada hari Sabtu setiap minggu dari 6.30 pagi hingga 6.00 petang. Kor Sispa dan BSMM juga seringkali dilakukan aktiviti pada hari Sabtu.
Berlainan sedikit dengan Palapes, di mana latihan diadakan hanya dua minggu dalam sebulan. Dan seminggu latihan itu meliputi hari Sabtu dan Ahad.
Elaun untuk pelatih Palapes dan Kor Suksis juga berbeza di mana jumlah elaun Palapes lebih tinggi berbanding Kor Suksis. Hal ini dapat dikaitkan dengan latihan Palapes yang lebih tough berbanding Suksis.
Set uniform juga diberikan bagi Kor Suksis dan Palapes. Kalau Suksis, kami akan diberikan dua persalinan lengkap baju uniform.
Masa Latihan
Kebanyakan badan beruniform memang akan ambil satu hari dalam seminggu untuk adakan latihan dan kebiasaannya hari Sabtu diambil. Kor Suksis setiap pelatih diwajibkan menghadiri latihan tanpa gagal pada hari Sabtu setiap minggu dari 6.30 pagi hingga 6.00 petang. Kor Sispa dan BSMM juga seringkali dilakukan aktiviti pada hari Sabtu.
Berlainan sedikit dengan Palapes, di mana latihan diadakan hanya dua minggu dalam sebulan. Dan seminggu latihan itu meliputi hari Sabtu dan Ahad.
Setakat itu sahaja. Aku dah taktau nak cakap apa,
bawah ni aku letakkan sedikit maklumat dari blog lain.
KOR SUKSIS
·
Kelebihan
- - 6 jam kredit untuk kursus senggang
- - Bayaran elaun diberikan mengikut jam kehadiran
- - Kolej kediaman disediakan sepanjang tempoh
pengajian
- - Latihan Keyakinan diri (mengendalikan
persenjataan seperti M16, Mortar, LMG dan GPMG serta Aktiviti Kembara-Duga.
- - Melawat ke SUKSIS IPTA lain semasa pentauliahan
·
Faedah yang diperolehi semasa latihan
- - Memupuk sifat tanggungjawab berkhidmat kepada
nusa dan bangsa
- - Melatih individu untuk menjadi seorang pemimpin
yang berdisiplin, berdedikasi dan berkeyakinan tinggi.
- - Meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal
- - Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
mencabar.
- - Pendedahan kepada disiplin tentera.
·
Faedah yang diperolehi setelah tamat latihan
- - Ditauliahkan sebagai Pegawai Polis Sukarela oleh
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan pangkat Inspektor dalam Pasukan
Sukarelawan Polis
- - Mempunyai peluang untuk ditauliahkan sebagai
Pegawai Tetap Polis Diraja Malaysia.
- - Menjadi Ketua Platun di semua Batalion Gerakan
Am
- - Meneruskan perkhidmatan dan penerimaan imbuhan
gaji dan elaun latihan Polis Sukarelawan.
(ehsan daripada
http://www.suksis.unimas.my/what-we-offer/undergraduate/2-uncategorised)
PALAPES
Kelebihan
- - Ditauliahkan sebagai LEFTENAN MUDA oleh Yang
DiPertuan Agung.
- - Memperoleh Watikah Tauliah.
- - 6 jam kredit.
- - Kemudahan melawat aset-aset ketenteraan
- - Peluang menyertai kerjaya sebagai anggota tetap
TDM.
- - Membentuk keyakinan dan jati diri yang mantap.
(ehsan daripada https://palapesudarauum.weebly.com/kelebihan-palapes.html
)
KOR SISPA
Kelebihan:
- - Belajar tatacara berpakaian seragam
- - Dapat belajar seni mempertahankan diri
- - Dapat belajar membaca peta dan kompas
- - Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
- - Dapat belajar bagaimana hendak melakukan
Ascending dan Discending
- - Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing
Apparatus (BA SET)
- - Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
- - Dapat belajar asas kebombaan
- - Dapat belajar asas menyelamat
- - Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik
dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku
- - Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan
cara-cara menyelam (SCUBA)
- - Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan
kursus yang dihadiri
- - Dapat belajar berhubung melalui Radio Set
(Komunikasi)
- - Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan
bencana
- - Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan
operasi
- - Memenuhi syarat yang ditetapkan (6 semester) dan
ditauliahkan sebagai Lt. Muda.
(ehsan daripada http://sispa.usim.edu.my/index.php/info/kelebihan-menyertai-sispa
)
Peranan
-
Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak
berkuasa
-
Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam
-
Melaksanakan pencegahan penyakit dan membaiki
tahap kesihatan
-
Melatih ahli-ahli dalam pertolongan cemas dan
rawatan
Baiklah, setakat itu sahaja. Maaf atas segala maklumat yang
tak lengkap, saya hanyalah insan yang lemah dan banyak kekurangan.
Ulasan
Catat Ulasan