06042020 1:40am
Kali ini aku hanya ingin berkongsi
pendapat mengenai satu isu yang baru-baru ini terjadi di mana disebabkan
berlakunya wabak Covid-19, kerajaan di
Indonesia telah melepaskan sejumlah besar banduan iaitu seramai 30,000 orang
penghuni disebabkan penjara terlalu sesak. Artikel boleh dilihat di laman http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-penjara-terlalu-sesak-indonesia-bebaskan-18-000-banduan-236662.
Dan selain di Indonesia, ada juga negara lain yang mengambil tindakan yang sama
iaitu Bangladesh telah melepaskan seramai 10,000 orang penghuni. Hal ini kerana
dikhuatiri akan berlaku lebih banyak lagi rebakan wabak ini di sekitar negara
terbabit kerana nilai semasa menunjukkan jumlah peningkatan kes Covid-19
semakin meningkat.
Ketika awalnya membaca tajuk ini,
aku sebenarnya agak skeptikal dengan tindakan negara-negara terbabit untuk
melepaskan banduan di penjara. Tak takut ke kalau dorang keluar nanti lebih
banyak kes jenayah akan berlaku jika mereka terdesak disebabkan ketiadaan wang
untuk membeli makanan ke kan? Tapi sebenarnya, arahan pelepasan banduan ini
adalah melibatkan pesalah dari kategori juvana dan tahanan dewasa yang telah
selesai menjalani sekurang-kurangnya dua pertiga daripada hukuman yang mereka
terima; dan mereka ini juga akan menjalani kuarantin di rumah mereka setelah
dibebaskan.
Aku mengharapkan yang terbaik dari
tindakan kerajaan negara seberang ini. Cumanya, aku agak khuatir juga ada
kemungkinan disebabkan arahan pelepasan banduan ini berlaku pula kluster
jangkitan lain yang ada kaitan dengan banduan-banduan ini. Okeylah, sebagai
contoh banduan ini dalam perjalanan untuk ke rumah mereka itu, mereka perlu
menaiki beberapa pengangkutan awam ke, atau melalui tempat-tempat sesak ke yang
besar kemungkinan berselisiah dengan pembawa Covid-19; tidakkah nanti mereka
pula seterusnya akan menyebabkan keluarga mereka di rumah pula berjangkit dan
seterusnya apa yang kita takuti akan meningkatkan jumlah rebakan yang lebih
besar?
Dengar ceritanya, Indonesia telah
melaksanakan lockdown di sebahagian kawasan dan partial lockdown di bahagian
yang lain dan dianggarkan tempoh situasi ini adalah agak lama, kemungkinan
paling kurang selam tiga bulan. Dalam keadaan itu, adalah ekonomi berada dalam keadaan
pasif, ketiadaan peluang untuk mencari kerja secara fizikal semestinya menjadi
keadaan yang sukar bagi para banduan ini untuk menampung kehidupan seharian
seperti nak beli makanan, nak dapat ubat-ubatan dan barangan lain. Dan yang
merisaukan adalah mereka mengambil tindakan menjalankan kerja-kerja kotor yang
pernah mereka lakukan bagi mendapatkan sesuap nasi. Aku berpendapat bahawa
mereka ini seharusnya diberikan sedikit insentif atau sedikit bantuan bagi
mereka menghadapi situasi sulit ini dan bagi mereka membiasakan diri untuk
adapt dengan masyarakat.
Okey cukup sampai di situ dan aku
nak cakap mengenai di Malaysia pula. Sejujurnya aku puji pengurusan di penjara
Malaysia mengendali para banduan. Bukanlah aku nak katakan pengurusan di
penjaran negara lain tak bagus, aku kurang mendapat pendedahan mengenai
pengurusan banduan di negara lain dan aku hanya nak highlightkan apa inisiatif
yang pengurusan banduan di Malaysia laksanakan.
Sewaktu semester lepas, dalam subjek
Dasar Fiskal dan Kewangan Islam, kumpulan aku ditugaskan untuk membentangkan
mengenai inisiatif zakat ke atas program keusahawanan di Penjara Kajang. Dan
ketika itu aku baru mengetahui bahawa pengurusan penjara tersebut ada
menyediakan Pelan Pembangunan Insan seperti Pemulihan, Pengukuhan Sahsiah,
Program Kemahiran dan Program Kemasyarakatan. Bagi memupuk semangat
keusahawanan dalam diri banduan-banduan ini, pihak Penjara Kajang melaksanakan
program latihan vokasional seperti jahitan, batik, bakeri, makanan, kraftangan
dan dobi. Dan mengikut kajian yang dilaksanakan di sana, aktiviti melibatkan
makanan paling mendapat partisipati daripada banduan di sana.
Yang paling aku selalu dengar adalah
mengenai banduan di Penjara Penor, Pahang. Penjara ini menarik sikit sebab ada
Permaisuri Azizah juga yang selalu turun padang melihat-lihat banduan di sana.
Baru-baru ini berikutan wabak Covid-19 dan keperluan yang mendesak bagi alatan
seperti PPE, banduan di Penjara Penor yang telah sedia maklum mahir dalam
menenun telah mengambil inisiatif untuk menjahit PPE. Pengarah Penjara Penor
Datuk Abu Hasan Hussain berkata bahawa setiap hari mereka boleh menghasilkan
lebih 20 pasang PPE yang akan terus dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang untuk diagihkan kepada Jabatan Kesihatan negeri. Bagi memastikan PPE
yang dihasilkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak kesihatan, beberapa
kakitangan penjara telah mengikuti taklimat pembuatan PPE.
Malahan, Persatuan Isteri, Anak dan
Anggota serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) di situ turut
menghasilkan 525 unit pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan. Boleh
baca di link https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/560475/jasa-banduan-penjara-penor.
Selain daripada dua penjara yang aku
sebutkan di atas, sebenarnya ada banyak lagi tau projek yang dihasilkan oleh
banduan di penjara seluruh Malaysia seperti makanan sejuk beku, sos pencicah, kuih
raya, songket, set BBQ, perabot, ukiran kayu dan lain-lain lagi. Menarik tau!
Boleh tengok di link https://says.com/my/seismik/10-produk-yang-anda-tak-tahu-yang-dihasilkan-oleh-tahanan-penjara-malaysia
untuk mengetahui lebih lanjut. Bagus sebenarnya inisiatif-inisiatif sebegini,
sebab kita baru nampak jasa mereka yang kita sudah tidak ada masa depan; tapi
sebenarnya di ketika memerlukan jasa mereka begitu besar. Dan melalui perkara
sebeginilah yang membuka mata masyarakat untuk menerima mereka kembali dan
membantu mereka untuk cuci tangan daripada melakukan hal-hal tidak baik yang pernah dilakukan
dahulu.
Pecan Casino Resort - MapYRO
BalasPadamCasino Resort in Wilkes Barre, 제주도 출장안마 PA. Address: 0300 North Wilkes 충주 출장샵 Barre Road, Wilkes Barre, Pennsylvania 상주 출장안마 Find the 제주 출장샵 address of 김포 출장샵 the Hotel in Wilkes Barre.