Tempat-tempat Menarik di Manjung, Perak




   Memandangkan aku anak kelahiran Manjung, jadi dengan berbesar hatinya aku berkongsi mengenai tempat-tempat menarik di tempat aku. Bandar yang memegang identiti sebagai bandar tentera laut ini menyimpan pelbagai tarikan yang mesti korang singgahi walaupun sekali di dalam hidup.

Kawasan pelancongan
Bukit
Pasar Raya Utama
Teluk Batik
(resort, pantai, taman permainan, rekreasi)
Bukit Engku Busu di Lumut
Pasar Raya RAPID (Cawangan Seri Manjung)
Taman Esplanade, Lumut (rekreasi)
Bukit Pangkor di Pulau Pangkor
Pasar Raya Billion (Cawangan Jalan Lumut)
Pasir Panjang, Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, memancing)

AEON Seri Manjung Shopping Centre
Teluk Senangin (pantai)

Pasar Raya The Store
Pasir Bogak (pantai)

Pasar Raya Besar Tesco
Teluk Nipah (pantai)

Pasar Raya Econsave
Pantai Puteri Dewi (pantai, resort)

Pasar Raya Kamdar
Pangkor village (pantai)

TF Value Mart Seri Manjung
Kota Belanda Pangkor (sejarah)


Batu Bersurat (sejarah)


Pangkor Laut (resort)


Pulau Sembilan (pulau, memancing, menyelam)


Teluk Segadas Pangkor


Jambatan Gantung (rekreasi)


Damai Laut Resort


Restoran Terapong Teluk Gedong (makanan laut)


Kampung Bharu (sukan air)


Kampung Teluk (pertanian)


Lata Ulu Licin Beruas (air terjun)


Muzium Beruas (bahan sejarah)


Pulau Marina (Marina Island, Teluk Muruh) (jeti dan pelancongan)




1.       Pantai Teluk Batik

Hasil carian imej untuk teluk batik

Sekiranya sewaktu bercuti ke Lumut anda tidak singgah ke Pantai Teluk Batik,  tersangatlah rugi kerana di sinilah terletaknya sebuah pemandangan indah yang sukar diungkapkan dengan kata.

Pantai yang berpasir putih, dengan air laut yang jernih beserta dengan pukulan ombak yang tenang ini menjadi pilihan ramai orang yang bercuti kerana kesesuaiannya untuk dijadikan tempat bermandi-manda dan bermain sukan air seperti Big Mable dan Banana Boat.

Bukan itu sahaja, jika dilihat di sekitarnya, cukup meriah dengan kehadiran pelbagai jenis kedai makan, anda boleh menikmati makanan di bawah pokok-pokok rhu yang tumbuh mekar di tepi pantai sambil merasai bayu laut yang menyegarkan. Nak ekstra sikit? Kerusi pantai turut disediakan, menanti untuk disewa dengan harga bawah RM5.

Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah memancing di kawasan berbatu di pantai ini, memang syoklah berbbq kalau anda berjaya menggoda beberapa ekor ikan segar untuk menyinggahi joran anda.

2.       Teluk Senangin

Hasil carian imej untuk teluk senangin

Pantai yang ditumbuhi pokok rhu di sekitarnya, Pantai Teluk Senangin adalah sebuah anugerah alam yang mempesonakan dengan pasir halus dan ombak yang tenang, menjadikan ia salah satu pantai pilihan untuk bermandi-manda dan beraktiviti air oleh penduduk setempat.

Selain itu, anda juga boleh merancang menaiki bot untuk menikmati keindahan pantai dalam perspektif yang berbeza sambil disapa angin yang menyegarkan. Kalau anda nak tahu, dari kawasan pantai ini juga anda boleh terlihat Pulau Pangkor yang terletak di tengah-tengah laut.

Yang bestnya, walaupun pantai ini tidak kurang hebat keindahannya, ia agak tenang berbanding Pantai Teluk Batik kerana lebih ramai pengunjung memilih untuk ke sana berbanding Telik Senangin. Nak lebih privasi? Tak perlu lihat tempat lain lagi.

3.       Jeti Lumut
Jika anda membayangkan keadaan jeti yang klasik, Jeti Lumut bukanlah salah satu darinya. Cukup moden dan cantik sekali struktur terminal jeti ini, fasiliti yang disediakannya juga agak mesra pelancong dengan kehadiran banyak kedai makan dan jualan barangan yang lain.

Untuk mengisi perut sebelum naik kapal di jeti ini, anda tak perlu bersusah-payah mencari kedai makan di tempat lain kerana di sini sahaja banyak pilihan makanan tersedia seperti mee udang yang enaknya bukan kepalang, air kelapa yang segar, cendol dan macam-macam lagi.

Selain itu, jika anda membawa kenderaan sendiri, jeti ini turut menyediakan ruang meletak kereta yang tersusun untuk anda parking dengan penuh ketenangan sebelum menuju ke pulau idaman hati.

4.       Lumut Waterfront


Sekitar 1 km dari Jeti Lumut adalah sebuah lagi tarikan, Lumut Waterfront yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi berjalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati pemandangan air tenang di sepanjang sungai. Anda juga boleh menikmati makanan seperti ais kacang yang terdapat di sini dengan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuh.

Di samping itu, anda boleh juga menyewa basikal ataupun skuter elektrik dalam harga yang berpatutan untuk makan angin di sekitar waterfront dengan cara yang baru. Asyik berjalan kaki je kan? Naiklah skuter atau basikal pula, barulah dapat merasa pengalaman percutian yang berbeza sikit, setuju?


5.       Bazaar Lumut

Hasil carian imej untuk bazaar lumut

Tidak jauh dari Lumut Waterfront, adalah sebuah tempat bershopping dengan bangunan berwarna merah yang dibuka khas untuk para pelancong yang datang dari jauh kerana di sini anda dapat membeli pelbagai kraftangan, pakaian dan pelbagai hasil laut yang termasuklah ikan bilis bermata biru, hasil laut yang terkenal di Lumut.

Di samping itu, kedai Jeruk Pak Ali pun ada sekiranya anda terliurkan rasa masam manis jeruk buah. Pendek kata, macam-macam ada di sini, mesti kena mai singgah punyalah.


6.       Bukit Engku Busu

Hasil carian imej untuk bukit engku busu lumut


Inginkan aktiviti yang lebih thrill sewaktu di Lumut? Ini adalah salah satunya, berjungle trekking di Bukit Engku Busu. Bukit yang berketinggian 331.4 meter ataupun 1087 kaki ini adalah puncak yang paling tinggi di bandar Lumut.

Untuk sampai ke puncak bukit ini, anda boleh melalui trek yang telah disediakan yang berkepanjangan sekitar 1 km. 1 km je? Jangan main-main, 1 km ini mungkin km yang paling mencabar dalam hidup anda, treknya cukup curam dipenuhi pula dengan akar-akar pokok yang meliar. Penat menempuh cabaran ini akan terbayar apabila anda sampai di puncaknya yang menyajikan pemandangan sekitar bandar Lumut.

Apa-apa pun, sebelum mendaki bukit ini, mai dengar kisah di sebalik nama yang diberikan kepadanya. Mengikut kisah lama, nama bukit ini diberikan bersempena dengan nama Raja Engku Busu yang datang dari Selangor setelah dijemput oleh Sultan Perak pada sekitar 1840-an untuk menghapuskan lanun yang menjadikan kawasan sekitar sebagai tempat penyembunyian mereka.

Namun begitu, misi tersebut gagal dan Raja Engku Busu pula terkorban. Demikianlah kisah bagaimana bukit ini mendapat namanya. Bila dah tahu kisah di sebaliknya, barulah best nak mendakikan?


7.       Taman Paya Bakau

Imej yang berkaitan

Taman Paya Bakau yang terletak kurang daripada 10 minit pemanduan dari Bandar Lumut ini adalah sebuah tarikan semula jadi yang dilengkapi dengan laluan pejalan kaki berkepanjangan 366 meter dan lebar seluas 6 kaki.

Anda sekeluarga dapat melihat pelbagai jenis hidupan flora dan fauna sambil menghirup udara segar.  Setelah penat, anda boleh terus merehatkan diri di pondok-pondok yang disediakan di hujung laluan. Oh! Jangan lupa untuk membawa joran! Kerana anda boleh memancing ikan di sini.

8.       Rockbund Fishing
Rockbund Fishing adalah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati bersama keluarga. Seperti namanya, tak sah jika datang ke sini tanpa membawa peralatan memancing. Di samping itu, sekitar Rockbund Fishing ini juga lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti surau, kedai makan, dewan dan bermacam lagi.

Untuk penginapan, Rockbund Fishing Chalet adalah sebuah penginapan unik dan indah yang patut dipertimbangkan. Chalet-chalet comel dengan pelbagai warna ceria ini terletak bersebelahan dengan air laut yang indah.

Apa lagi cara terbaik untuk meluangkan waktu cuti anda bersama keluarga selain menikmati bunyi ombak selama yang mungkin dengan menginap di tepi laut bukan? Sebuah pengalaman percutian yang pasti memuaskan hati.

Harga Penginapan: Dari RM352+ Semalaman

9.       Kota Belanda

Imej yang berkaitan

Kota Belanda yang terletak di Pulau Pangkor ini adalah sebuah peninggalan sejarah yang wajib dilihat. Di sini anda dapat melihat sisa peninggalan sebuah struktur yang dibina sekitar tahun 1670 untuk tujuan penyimpanan bijih timah yang dikumpulkan dari sekitar negeri Perak.

Namun begitu, pada tahun 1690, rakyat tempatan yang tidak menyukai cara Belanda mendapatkan bijih timah telah memusnahkan kota ini di bawah pimpinan Panglima Kulup sehingga ramai orang Belanda terbunuh.

Namun tidak lama kemudian, iaitu sekitar tahun 1749, pihak Belanda mula membaik pulih serta melindunginya dengan menempatkan ramai pengawal. Degil juga Belanda ya? Walau bagaimanapun, selepas tahun 1779, Belanda mula mengabaikan kota ini untuk menumpukan perdagangan yang sedang rancak di Maluku, Indonesia.

Setelah puas mengamati sisa kota ini, anda juga boleh melawat kawasan Batu Bersurat yang hanyalah sekitar 100 meter dari Kota Belanda.

10.   Pulau Marina

Hasil carian imej untuk marina island lumut perak

    Pulau Marina bukanlah pulau yang biasa kerana ia adalah satu-satunya pulau buatan manusia yang terdapat di Malaysia. Pantai yang terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor ini boleh diakses secara terus dari Pulau Pangkor dengan memandu melalui jambatan yang menghubungkan kedua buah pulau indah ini.

Sampai sahaja di Pulau Marina, anda pasti akan teruja melihat betapa kukuh dan luas sekali pulau buatan ini. Pulau yang berkeluasan 316.9 hektar ini mampu menampung pelbagai infrastruktur dan tarikan hebat untuk para pelancong.

Ingin lihat di depan mata sendiri pulau yang berbeza daripada yang lain di Malaysia ini? Jadikanlah ia salah satu destinasi sekiranya berada di Lumut ya?

11.   Frenzy Waterpark

Hasil carian imej untuk Frenzy Waterpark

Frenzy Waterpark adalah salah satu tarikan hebat sekiranya anda singgah ke Pulau Marina. Taman tema air yang terletak di Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini menyediakan permainan membasahkan badan yang serius best!

Kalau anda ke sini, anda akan perasan cabaran-cabaran atau permainan yang terdapat di sini persis di dalam rancangan Wipeout di saluran AXN. Nak betul-betul tingkatkan stamina? Di sinilah lokasinya. Mendebarkan namun dalam masa yang sama cukup menyeronokkan. Memang rugi kalau tak cuba.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15






Kredit:




Ulasan