Severn Cullis – Suzuki; ucapan mengenai isu alam sekitar daripada perspektif kanak-kanak

Hasil carian imej untuk severn cullis suzuki




Link: https://www.youtube.com/watch?v=oJJGuIZVfLM


Severn Cullis – Suzuki telah menyertai Sidang kemuncak Rio De Janeiro pada tahun 1992. Beliau telah menyampaikan ucapan mengenai isu alam sekitar daripada perspektif kanak-kanak. Pada masa itu, beliau masih berusia 12 tahun. Severn Suzuki telah datang ke Sidang Kemuncak tersebut bersama-sama rakan beliau iaitu Michelle Quigg, Vanessa Suttie dan Morgan Geisler. Mereka datang ke Sidang Kemuncak Rio dengan mengumpulkan duit mereka sendiri.

Severn mewakili E.C.O. (The Enviromental Children’s Organization) meminta agar pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan segera atas masalah alam sekitar yang berlaku ketika itu demi masa depan generasi kini dan akan datang. Beliau begitu mengambil berat tentang masalah yang berlaku di seluruh dunia ketika itu seperti masalah kanak-kanak yang kurang mendapat zat dan makanan yang secukupnya seperti di Somalia, masalah kepupusan habitat flora dan fauna, masalah penipisan lapisan ozon yang semakin serius, masalah pencemaran alam yang berleluasa seperti udara dan air. Beliau menggesa agar setiap pihak memainkan peranan penting dalam mengatasi permasalahan ini. Pihak berwajib seharusnya mengambil langkah jitu untuk bertindak lebih terkehadapan bagi mewujudkan satu dunia dengan satu tujuan yang sama; iaitu melindungi alam sekitar daripada terus dinodai.

Ulasan