Bulan Puasa di UKM

Hasil carian imej untuk masjid ukm


Tahun ni merupakan tahun pertama aku berpuasa di Universiti. Iye lah, baru tahun pertama kanπŸ˜‚. Aku sentiasa curious macammana aku akan survive bila berada kat tempat baru. Kalau tahun lepas puasa aku seharian kat tempat kerja, kalini puasa dengan struggle untuk menghadapi minggu peperiksaan tanpa kehadiran study week. Huhu.

Sebagai seorang pelajar yang menikmati detik-detik akhir tahun pertama ni dalam keadaan yang begitu sengkek lantaran akibat keborosan suatu ketika dulu, mendapat makanan percuma merupakan satu nikmat yang takkan aku lepaskan.

Tell me, siapa jeeee yang tak suka makanan freeeee?? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Untuk bulan selain Ramadhan, Masjid UKM memang adakan iftar setiap hari Isnin dan Khamis, malangnya sampai sekarang aku tak berpeluang menjejak kaki ke sana untuk menikmati makanan tu. Ni apahal bahasa aku dah makin skema niπŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi InsyaAllah aku akan cuba usahakan untuk pergi ke iftar di UKM

By the way, aku rasa pihak MPP UKM juga ada buat edaran makanan percuma setiap hari kat Pusanika setiap hari dalam bulan Ramadhan pada jam 5pm. Kadang-kadang bila petang aku still ada area FEP, PTSL dan Pusanika tu, aku memang akan cuba untuk dapatkan makanan tu. Setiap hari makanan berbeza. Setakat ni aku baru ambik tiga kali. Aku pernah dapat nasik lemak, nasik arab dan nasi lemak + burger

Bagi bulan Ramadhan ni, aku begitu teruja sebab kolej kediaman aku sekarang, adakan majlis iftar untuk setiap hari. Masjid UKM jugak adakan setiap hari, tapi susah sikit nak pegi sebab masjid jauh dari kolej

Pada yang tak pernah makan dalam dulang, masani lah nak merasa makan dalam dulang. Lauk sedap walupun simple je. Biasanya hidangan adalah nasik dengan berlauk ayam dan sayur ditambah setiap seorang 1 cawan air manis.

Setiap dulang, mesti cukupkan kuota empat (4) orang. Boleh je (takboleh pun sebenarnya kalau nak sengaja), nak makan satu dulang tiga orang, tapi memang banyak gile lah nak habiskan. Sebab portion nasi dia memang banyak. Aku yang kuat makan camni pun setiap kali makan mesti terasa kenyang gile even sebelum makanan habis.

Majlis iftar ni diadakan di Bilik Konvensyen KKM. Yang mana setiap pelajar kebiasaanya mula memenuhi bilik ni mulai jam 6.30pm dan cop tempat makan dorang. Boleh je pergi lambat, tapi itu lahh, takut nasik habis je lahπŸ˜…πŸ˜…

Mereka juga ada sediakan air kosong dan kurma untuk tujuan alas perut selepas berbuka. Dalam 7.35pm lepas habis azan, kami akan solat Maghrib berjemaah dan selepas itu baru makan berdulang.

Apa yang ingin aku katakan, betapa besarnya pahala kepada mereka yang bermurah hati sedekah makanan pada bulan puasa ni. Aku mewakili semua yang lain (cehhhhh) begitu menghargai jasa kalian dan hanya Allah mampu membalas jasa kalian

Ulasan