Berbuka di Masjid Tunku Zainal Abidin


Hasil carian imej untuk masjid besi


Setelah berhari-hari makan makanan dalam dulang, kami ingin mencuba mencari pengalaman baru dengan memasang niat untuk berbuka puasa di padang sekitar Putrajaya. Tempat tu memang popular, dan dulu pun sebelum aku masuk Uni aku pernah berhajat nak buat benda sama.

Kebetulan nak menyambut hari lahir Atiq yang baru lepas, kami plan senyap-senyap untuk perancangan nak ke Putrajaya. Kami sewa kereta student Kajai. Actually kat Ukm ni serious memang banyak perkhidmatan sewa kereta, so tak susah lah sebenarnya cuma tengok jugak availability dia

Jarak dari Ukm ke Putrajaya untuk jarak 20km tu ambik masa setengah jam jugak, tu belum lagi drag disebabkan jammed. Biasalah kan kat bandar ni petang-petang, so memang kena pandai timing lah. Kami gerak dari jam 5pm dan Alhamdulillah sampai dalam 6.30pm jugak sebab tempuh jammed.

SubhanaAllah, cantiknya Masjid Sultan Zainal Abidin ni😍. Patutlah foreigner selalu datang melawat. Hemm tu belum lagi tengok Masjid Cermin huhu.

Ikut plan memang nak beli juadah kat sekitar masjid tu dan bukak puasa kat atas padang. Tapi kebetulan pulak baru hujan, so memang basah la. Aku pulak tak sempat nak ambik tikar aku dari bilik sebab kekangan nak buat video group yang kena present esoknya.

Tambahan pulak pilihan makanan kat situ kurang dan agak pricey, so kami ambik keputusan untuk bukak puasa dalam masjid je terus. Jujur aku cakap, sesape yang tak penah pergi lagi Masjid Besi, kalau takde aral, datang la. Memang menarik la huhu. Aku nak cite banyak pun hem takde idea sangat ni sebab nak full kan entri cepat-cepat dateline blog dah nak dekat kang tak sempat nak siapkan dah la lusa exam Stats eish eish eishhh😂😂😂

Memang konsep mana-mana masjid galakkan kite bukak puasa sesama dalam dulang, tapi pihak masjid ada sediakan juga pinggan untuk sesiapa yang nak. Kebetulan aku ni dah lama tak makan kari daging then tetibe tido pagi tadi mimpi kari daging dan aku jadi craving pulak, takdir Allah lauk kat masjid ni adalah nasik berlaukkan kari daging😍 Alhamdulillah terubat rindu aku nak makan kari daging huhu.

Suasana kawasan tu sumpah tenang. Kawasan mukminat ada satu ruang tu takde dinding, memang boleh terus nampak tasik yang bersebelahan dengan masjid tu. Selepas makan-makan dan sambut birthday Atiq, rupa-rupanya masjid ni ada pihak ICT yang mana mereka akan snap moment ketika berbuka secara terbuka dan letakkan di page Masjid Besi. Gambar kami ada juga huhu. AJKnya pun memang peramah, even dia galakkan datang selalu ke majlis tu untuk memeriahkan.

Kami tak dapat kumpul lama, lepas je makan semua terus balik sebab masing-masing ada kelas lah, ada assignments lah. Tapi apa yang penting, kalau ada peluang jangan lah lepaskan peluang ambik berkat dengan lawati mana-mana masjid di sekitar Malaysia. Memang menarik huhu😍

Ulasan