Dalam masa seminggu, kami diberi next step task untuk buat presentation untuk kajian lapangan yang diberikan. Doktor kalau boleh nak kami buat dalam saiz anggaran AO dan perlu menggunakan kreativiti untuk buat menggunakan bahan kitar semula. Doktor ada kata pelajar-pelajar sebelum yang buat presentation dalam bentuk 3D lah apa lah. Kami juga akan dinilai oleh penilai luar yang bukan lecturer UKM, kami pun hemmm sudah. macamana lah nak buat ni :-0
Jadi hasil daripada perbincangan bersama, kami merancang untuk membuat presentation dalam bentuk televisyen. So ni bahan-bahan untuk nak buat tibi.
• 3 kotak besar (yang dah kosong lah, kami ambik dari K-mart)
• Water colour
• Marker
• Tape kain (lagi kukuh berbanding cellophane tape)
• Gunting
• Pisau
• Pembaris
• Batang lidi tebal (untuk kukuhkan kotak dapat berdiri sendiri)
Hemm, tak senang nak jadikan tibi tu sampai berhari-hari buatnya @__@ adalah dalam dua tiga hari jugak dan ada sekali tu sampai pukul lima pagi jugak stay nak buat hahah. Actually part paling susah adalah bila nak tegakkan dan bagi kotak dalam bentuk tv tu berdiri sendiri. Tapi Alhamdulillah jadi juga. Tambahan ombak yang membiru tu idea kak Nory yang dengan gigihnya membentuk ombak tu. Colouring atas kotak tivi banyak ditata oleh kak Dilah. Pipah pulak banyak tolong dari segi mendapatkan bahan-bahan terutamanya kotak hahah.
Actually aku rasa serba salah la jugak sebab hari terakhir tak dapat nak join finishing work sebab clash gan beberapa preparation untuk presentation subjek lain.
So pada hari kejadian, syukur salah seorang ahli group kami ada kenderaan sendiri iaitu kak Aty, so senang nak bawak kotak tibi yang besar tuu. Bila masuk-masuk je DK (Dewan Kuliah), semuaaa orang tengok apa yang kitorang bawakk. Rupa-rupanya kitorang je yang buat poster dalam bentuk 3D! ●__●
Aku agak kurang dengar tentang penilai-penilai luar yang pensyarah kami jemput tu, tapi yang aku tau seorangnya adalah pakar hidrologi dan seorang lagi adalah lecturer yang bakal sambung Ph.D. Alhamdulillah pembentangan berjalan dengan lancar dan kami mendapat tempat pertama. Huhuu ●ˬ●
![]() |
Antara proses pembikinan |
![]() |
Hasil akhir |
![]() |
Bersama penilai yang baik hati huhuu |
Beberapa gambar pembentangan dari kumpulan lain
Gambar selesai sesi pembentangan
Ulasan
Catat Ulasan