Channel Kegemaran di Youtube







Aku agak kebosanan sebab tunggu bas kat TBS. Lama jugaklah, sebab aku tak sempat ambik tiket malam so terpaksa ambik tiket pagi esok. Aku pakai pelan internet UMI 36 yang mana aku dapat approximately 15GB + Joox VIP untuk setiap bulan. Memandangkan aku mempunyai akses yang tinggi untuk tengok Youtube, so memang aku tak bazirkan lah peluang yang diberikan tu :p. Tambah pulak aku memang kurang tengok TV jadi kebanyakan maklumat aku dapat hanyalah melalui telefon bimbit, dan Youtube merupakan salah satu mediumnya.
Kecenderungan untuk menonton Youtube yang tinggi menyebabkan aku dah tau apa yang aku nak tengok dan apa yang patut aku tengok untuk mengisi masa lapang yang sengaja aku cari walaupun sebenarnya banyak je assignment dan tutorial yang patut aku settlekan. Hahah. Aku berminat nak share Youtube channel yang aku subscribe dan selalu follow-up update channel-channel tu.

Motivasi



1)      Matluthfi90
Youtuber ni kalau ada yang taktau siapa dia, aku taktau lah camne huhu. Sebab dia memang dari dulu lagi era tahun 2010-an ke atas memang dah start famous. Zaman aku sekolah menengah dulu ramai yang minat tengok video dia sebab kebanyakan post dia memang menarik. Cara penyampaian content dia yang kelakar + sarcasm memang senang nak tarik orang tengok video dia dan dalam masa yang sama dapat triggered golongan yang dia highlight-kan.

2)      Ted Talks


Channel ni aku tau just sebab kadang-kadang cikgu/lecturer yang tunjuk video dia dalam kelas. Channel ni yang berteraskan elemen spreading ideas adalah kompilasi ucapan-ucapan dari pelbagai individu yang mengambil masa maksimum 18 minit. Jenis pengucapan adalah pelbagai, yang mana ada kupasan dari skop bisnes hinggalah skop saintifik. So pendek kata, korang boleh choose lah memana skop yang korang nak tengok. Setakat ni, aku kurang tengok sangat pasal saintifik sebab tak minat sangat. Huhu.
Antara speaker yang memang menarik pada aku:
● Sir Ken Robinson - Do schools kill creativity?
● Simon Sinek – The Secret Everyone Should Know
● Julius Treasure - How to speak so that people want to listen


3)      Growth Tribe


Channel ni lebih menekankan skop teknologi. Yang mana setakat yang aku tengok dia banyak buat kupasan mengenai apps atau search engine yang bergunalah. Banyak weh, sampai aku pun hemm tak tersempat nak tengok semua. Speakers dia juga banyak sentuh mengenai teknologi masa depan like AI (artificial intelligence) dan era 4th Industrial Revolution. Okey memanglah sekarang pun dah ada kan gajet yang aplikasikan system AI (tahun 2018 menyaksikan Samsung menjadi syarikat telefon pertama yang aplikasikan system AI), tapi dorang ceritakan apa probability kepelbagaian AI ni mampu tiru.

Satu maklumat yang lecturer aku bagitau, kalau sistem AI ni betul-betul digunakan secara meluas, SATU company besar boleh TUTUP disebabkan komputer boleh ambil alih fungsi syarikat tu. Implikasi paling utama dah tentulah meningkatkan berlaakunya pengangguran.
And guess what, peranan sistem berkomputer bukan hanya mampu buat AI, tapi akan datang mungkin akan ada BI (business artificial) dan CI (customer artificial) . Zaman AI adalah zaman kita, jadi korang rasa macammana nak survive untuk masa depan? Fikir-fikirkan lah.

HIBURAN

4)      Thinker Studios


Aku  start follow channel sejak layan Troll Lala dan Buruk Cantik yang gila-gila.Memang kalau stress-stress ke, bosan ke hemm yang ni lah aku. Huhu. Thinker Studios adalah satu pasukan produksi yang menerbitkan beberapa rancangan TV dan di Youtube like Troll Lala, Buruk Cantik, Motif Viral dan beberapa rancangan lain.

5)      Mr All The Shared (MTAS)


Produksi ni memang dah ada sejak aku sekolah menengah lagi. Dah lama jugak cumanya dulu content banyak pada konsep dakwah-dakwah. Menginjak tahun-tahun kebelakangan, aku mula tertarik nak follow channel ni sebab dorang buat iklan penaja yang memang agak rare berbanding kebiasaan rakyat Malaysia selalu buat.

Ni contoh iklan dorang yang gempak la pada aku hahah:

·         Filem Aksi ( Expectation VS Reality ) Be Like ...
·         Bila Kau Termention Nama Perempuan Lain Depan Bini Kau Be Like


MUZIK

Bawah ni senarai channel lagu yang aku follow. Tak perlu nak terang lelebih hahah

6)      Billboard


7)      VEVO



8)      Universal Music


9)      TrapNation



Aku selalu failed nak buat ending, so ni je lah mampu share. K bye!

Ulasan