BAHAN BACAAN


Assalamualaikum dan hai!

Betullah orang kata antara benda paling susah nak buat adalah cari tajuk yang sesuai HAHAH. Kang aku letak tajuk 'HOBI MEMBACA' nanti jadi habis skema pulakk. So inije lah aku mampu buat. Sekarang tengah cuti mid semester, and I`m only gonna going back home again another couple of months which is after the final examinations. Jadi rasanya sekarang aku berada dalam sindrom “taknak keluar rumah” yang mana actually aku sebenarnya rasa aku cuma nak kurangkan rasa rindu kat rumah bila balik U nanti dan rasa setiap kali aku keluar rumah or U, mesti duit aku banyak habis. Habis kat benda-benda tak patut tu yang masalahnya. Hemm.

So I`m gonna share a liltle bit about my hobbies. Frankly to said, I had A LOT of hobbies. Yang mana membaca pun hobi aku, lepak dengan makcik-makcik bawang pun hobi aku, perabih duit jenjalan pun hobi aku , hiking pun hobi aku, melancong pun hobi aku, tengok movies pun hobi aku, dengar lagu pun hobi aku and the list goes on.

Actually hobi pertama aku adalah membaca. Terinspirasi daripada jiwa mak ayah yang suka membaca. To be honest, rumah aku memang melambak-lambak buku ada. Mak ayah suka buku kategori ilmiah like all those Dewan which Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Ekonomi. Mereka juga kumpul National Discovery, buku agama dan buku berkaitan teknologi. Mak aku suka kumpul buku resipi dengan majalah dekorasi sementara ayah lebih banyak ada koleksi buku dan majalah berkaitan bahasa disebabkan ikut majoring dia kan. Adik-adik lebih banyak kumpul komik dorang like majalah bola, majalah Kreko, majalah Gempak yang niii memang totally bersepah kat rumah sampai aku rasa nak bakoo jee.

Kalau pada aku, semakin aku dah meningkat umur ni; aku terasa aku patut membaca benda-benda yang berilmiah ni. Kalau ikut kronologi dulu-dulu aku pun minat baca Bintang Kecil (typical budak perempuan), majalah Gempak semua tu tapi sejak masuk sekolah menengah aku kurangkan baca buku jenis ni. So aku share lah buku apa yang aku minat baca tak kira majalah atau novel.




MAJALAH

1)       Dewan Masyarakat

Start baca selepas Form Five yang masatu memang kebosanan gila-gila. Aku tak kerja part time sebab aku pilih untuk teman Tokna duduk kat kampong. Masani Internet kurang main peranan dalam hidup aku, just nak ada line untuk Facebook dan mesej je. So setiap minggu aku akan balik rumah dan ambik mana-mana buku atau majalah yang dapat mengisi kekosongan hati ini. Ayat kemain.
Dewan Masyarakat ni kupasan dia lebih dekat dengan hati kita sebab memang berkisar mengenai masyarakat kita, da nada sedikit-sedikit mengungkap perihal masyarakat lain. Menarik untuk dibaca sebab banyaklah yang aku dapat cerna dengan baca buku ni.




2)      Dewan Ekonomi

Sebelum masuk Tingkatan Enam, ayah suruh aku pilih samada nak sambung Perakaunan  atau Ekonomi. Mengambil pandangan mak ayah sendiri dan senior, akhirnya aku pilih Ekonomi. Dan sejak tu lah aku start membelek-belek balik majalah Dewan Ekonomi mak ayah ada dan kadang-kadang beli sendiri keluaran terbaru. Jangan bagi high-expectation sangat nak tanya pasal ekonomi bagai kat aku, sebab kadang-kadang aku baca tu sekadar nak isi masa lapang dan tak paham sangat pun teori ekonomi ni :-3
Dan aku masih amalkan beli majalah ni sampai sekarang. Cuma tuu lah, Bangi ni kadang-kadang susah jugak nak cari Dewan Ekonomi nii  D< .




3)      GEN-Q dan JOM

Disamping menjalani kehidupan yang agak lagho kadang-kadang, aku juga perlu membaca buku yang berkonsepkan keagamaan agar aku takdelah berpesong jauh sangat hemm. Actually aku kurang pasti camne nak bezakan antara kedua-dua majalah ni huhu. Penerbit pun syarikat yang sama iaitu Telaga Biru tapi yang penting pada aku kedua-dua buku design memang menarik. Dan content obviously menumpukan golongan muda dan  remaja.
Aku merupakan antara individu yang sukakan grafik dan design buku yang cantik, dan kehadiran majalah-majalah camnilah yang bagus sebab lebih mudah dapat menarik perhatian jiwa muda lagho camni aku HAHAH.  Aku baca jugak majalah berunsurkan keagamaan lain like Solusi, Al-Ustaz dan lain-lain. Tapi pengisiannya yang lebih berat menyebabkan aku tak mampu nak baca secara konsisten sebab buatkan aku cepat rasa boring hemm.







NOVEL

4)      Fixi

Start baca masa Form Four, tu pun atas ihsan pinjam buku kawan-kawan yang memang gila marathon beli Fixi. Bless my dormitory life. Syarikat penerbitan buku ini adalah buku yang ever-green aku sentiasa suka. Ia menerbitkan buku-buku yang berkonsepkan urban dan kontemporari yang masa aku sekolah menengah dulu tak banyak novel genre ni. Sejak aku kenal novel ni, aku dah tak baca buku-buku romantik yang menekankan konsep cinta picisan HAHAH. Tambah pulak penulis time tu suka buat novel yang plot dia balik-balik benda sama, dan aku boleh expect penamat dia. Seriously aku suka novel-novel bawah penerbitan ni sebab buku dia selalunya genre pelbagai, dan plot kemungkinan besar suka guna konsep plot-twist.
Tapi itulah, setiap yang baik mesti ada buruknya  hemm. Buku ni kalau dapat penulis jenis bahasa dia lucah tu, kalau boleh taknak censored langsung. Like the worst, he/she would gonna explain all those things precisely detailed. Scene perbunuhan atau rogol juga tak terkecuali. Kalau masuk fantasi tu hem, kalau boleh taknak jejak bumi semua imaginasi belaka.

Novel yang paling aku minat sampai sekarang adalah:

i)                    Kelabu dari Nadia Khan
ii)                   Asrama dari Muhammad Fatrim
iii)                 Kacau dari Ariff Adly
iv)                 Ajaib dari Syafiq Aizat







5)      Ramlee Awang Murshid  

To be honest, aku suka SEMUA novel dia sebab semua memang best! Seriouslah beliau ni pemikiran dia tak macam penulis biasa. Buku yang beliau bukan dari genre yang sama, tapi boleh buat buku dari genre aksi, seram, fantasi hinggalah futuristic. Kalau kau baca buku dia, kau akan nampak betapa betapa beliau ni memang mendalami dulu apa nak tulis dan dia kaji dulu. Tak hairanlah kalau beliau boleh dapat macam-macam award like Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian, Anugerah Buku Negara, Anugerah Sastera Negeri Sabah dan lain-lain. Info tambahan, beliau ni alumni Universiti saya (tiba-tiba guna “saya” dan “beliau” untuk tunjuk rasa hormat hahah) dalam Bacelor MassComm. Huhu.   

Okey antara novel beliau aku suka adalah:

i)                    Mikhail  
ii)                   Ungu Karmila
iii)                 Komposisi kisah Laksamana Sunan






Setakat sini saje. Ni pun aku rasa berejam jugak nak olah walaupun pengisian amende tah pun kann huhu. Tapi apa yang penting, korang kalau takde minat membaca, at least bacalah bahan bacaan pape, lagi bagus baca yang berilimiah sikit. Kalau tak ilmiah pun takpe, asalkan yang penting budayakan amalan membaca. Pada aku pun,  diri sendiri dah besar so pandai-pandailah nak pilih mana nak baca. Kadang-kadang kita perlu baca perkara baik untuk berikan kita harapan untuk terus melangkah ke hadapan. Dan kadang-kadang kita juga perlu baca benda buruk untuk tunjukkan kita realiti sebenar itu kelihatan. Yang penting, kita dapat tapis dan ambillah mana-mana yang patut.

Statistik pada tahun 2017 menunjukkan negara Malaysia menduduki tempat ke-53 dalam senarai negara paling celik huruf (World`s Most Literate Nations). Akhir kata, marilah kita buktikan kita adalah Rakyat Celik Huruf dengan amalkan Budaya Membaca!



Ulasan