Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Okey sambung lagi mengenai citra pantun. Seriously tak rugi pun join citra ni sebab cikgu dia cool je, dan kalau korang bernasib baik dapatlah jumpa kawan-kawan yang cool jugak. huhu. Ni antara tugasan dia:
*Buat Poster Pantun mengenai Diri Sendiri
*Kuiz (tak susah pun, korang baca notes cikgu bagi dan dengar apa cikgu lecturer dalam kelas pun dah okey)
*Buat Pantun Majlis (ni tengok google je pun dah okey hahah)
*Deklamasi Pantun ikut apa-apa lagu
*Drama Pantun
Hem tuu je lah. Jadi kali ini aku nak share skrip pantun kitorang. Agak tough jugak nak kena fikir idea sebab kumpulan kami dapat tema "Patriotik".
DRAMA PANTUN
Pengarah: Aidil a.k.a Cikai
Afiq: cucu Sarjan Mail a.k.a. Koperal Amir
Ismail: Atuk a.k.a Sarjan Mail
Ali: Jeneral Chin Peng
Umi Hanisah:
Pencerita a.k.a. Senah
Remylia: Nenek Afiq a.k.a Yah
Pencerita:
Kemerdekaan. Apakah ertinya dalam jiwa segelintir besar anak muda masa kini?
Sudah 60 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, namun adakah jiwa kita turut
merdeka daripada dijajah oleh bangsa penjajah? Lihat sekeliling kita, budaya
negatif seperti merempit, menagih dadah dan meniru budaya-budaya luar seperti
Barat dan Korea begitu berleluasa. Hakikatnya, apakah tanggungjawab kita
sebagai remaja untuk mengekang gejala ini??
Izinkan saya memberikan
serangkap pantun;
Tepi
ampaian letaknya kain buruk,
Kain
buruk gunanya dicuci karat,
Budaya
remaja kini semakin teruk,
Dipengaruh
oleh budaya Barat.
BABAK
1
Lokasi: Rumah Afiq
(Watak Afiq, Aidil,
Remy & Mail)
Pencerita: Pada malam 31 Ogos,
Aidil dengan terkocoh-kocohnya telah datang ke rumah Afiq untuk menjemput Afiq
mengikutinya keluar merempit ke Dataran Merdeka.
Aidil: Aduh, sempit sangat jalan ke
rumah Afiq ni, sampai aku tak nampak mana satu longkang, mana satu jalan.
Assalamualaikum!
Pakcik, Makcik, Atok, Nenek, Maksu, Makngah? Mana semua orang ni?? Ahh, masuk
saja lah.
Batu
delima geliga hikmat,
Bertatah
indah bagai purnama,
Angin
malam sangatlah nikmat,
Mari
Afiq keluar bersama
Afiq: (Pantun sindiran)
Bunga
mawar memang wangi,
Tetapi
janganlah dipetik,
Salam
darimu kuterima kini,
Waalaikumussalam
sahabat baik.
Aidil aku dengar kau
bagi salam tadi, itu yang aku jawab. Kita nak ke mana ni? Lepaklah dulu…awal
lagi nak keluar. Malam kan masih muda.
Berkain
tuala mencari perigi,
Sambil
berjalan membawa timba,
Wahai
sahabat apa tunggu lagi,
Marilah
kita keluar berlumba
Aidil: Sesuai sangat tu. Ambang Merdeka
ni. Mesti banyak awek kat dataran tu!
Afiq: Eh, bukan ke 1 Julai kite merdeka? Biar
betul…ke aku yang tak betul?
Aidil: Itulah..masa kelas Sejarah kau
ponteng. Merdeka 31 Ogos lah!
Nenek (Remy): Cuuu..apa bising-bising tu? Dah lewat malam ni
Aidil: Wehh nenek kau ke tu? Macam Fattah
Amin je, ehh maksud aku Fazura
Afiq: Iyelah, nenek aku lah tu.
Nenek(Remy):
Penat
lelah pagi ke malam,
Pergi
ke dapur memasak taucu
Berseluar
jean berkasut hitam,
Nak
pergi ke mana tu cu?
Afiq: Alah nek..bagilah Afiq keluar dengan
kawan kejap
(Atuk baru pulang dari
surau, Aidil kemudiannya menegur Atuk)
Aidil: Hai Tok! Balik dari rempit ke?
Datuk (Mail):
Di
taman mekar sekuntum bunga,
Jadi
kesukaan si kumbang jati
Tua
bukan sebarang tua
Urat
dawai tulang besi
Afiq nak ke mana tu?
Dah lewat dah ni
Afiq: Nak pergi lepak sahaja Tok
Atuk: Eh dah lewat sudah ni! Tak perlu keluar. Esok atuk nak
bawa kau pergi sambut merdeka
Aidil: Alah Tok..acah sahaja lebih sebut
pasal merdeka!
Burung
helang terbang rendah,
Menangkap
ikan di tengah kota
Jangan
hanya berdiri megah
Apa
sumbangannya pada negara tercinta?
Atuk: Amboi kau perli aku! Kau kenal aku
siapa? Aku askar Melayu tahu!
Anak
dara kelihatan sopan
Pandai
bahasa sangat berbudi
Beribu
ku lihat telah terkorban
Apakah
kamu tidak menghargai?
Nenek: Haa dengar tu cu apa Tok nak cakap!
Komunis
melanda sadis bertahun
Jerih
bernafas peristiwa Kepong
Portugis
Belanda Inggeris dan Jepun
Masih
berbekas nyawa terapung.
Datuk: Kau tak rasa kena jajah lagi ni Fiq,
Dil..Sebelum merdeka dulu…….
BABAK
2
Lokasi: Bukit Kepong
(Watak Jeneral Chin
Peng (Ali) dan Cikai (Aidil))
Pencerita: Imbas kembali
daripada kenangan Atuk. Pada tahun 1950, Tanah Melayu telah dicerobohi oleh
gerila komunis. Namun disebabkan pertahanan askar-askar Tanah Melayu yang
begitu kukuh, usaha tersebut gagal dan askar Melayu berjaya mempertahankan
benteng di Bukit Kepong. Tidak begitu
ramai askar komunis yang dapat menyelamatkan, namun kapten komunis iaitu Jeneral
Chin Peng dan tali barut setianya iaitu Cikai berjaya melepaskan diri.
Cikai (Aidil) : Jeneral! Jeneral!
Selamatkan diri Jeneral kita harus lari dari askar Melayu tu!
Jeneral Chin Peng (Ali) : Mari
selamatkan diri kita!
Cikai (AIDIL) : Jeneral, rasanya
kita sudah selamat ni dari serangan askar Melayu
Jeneral Chin Peng (Ali) : Iyalah, aduh
geram sungguh aku pada askar Melayu durjana tu! Aku ingin balas dendam!
Cikai (Aidil) : Apalagi jeneral?!
Mari kita kumpulkan kesemua tentera kita dan kita hapuskan askar Melayu durjana
itu dan bunuh Sarjan Mail itu!!
Jeneral Chin Peng (Ali) : IYA! IYA!
MARI KITA HAPUSKAN MEREKA
Undur
bukan sebarang undur,
Undur
bangun sepertiga malam,
Perjuangan
ini tak pernah mundur,
Merintih
di dunia sehingga kelam.
Jeneral
Chin Peng (Ali) dan Cikai (Aidil) : MARI BERJUANG !!!!!!!!
BABAK
3
Lokasi: Kampung Bukit
Kepong
(Watak Esah(Nisa),
Yah(Remy), Jeneral Chin Peng & Cikai)
Pencerita: Pada suatu petang
yang sepoi-sepoi bahasa, duduknya dua orang wanita sedang berehat-rehat di
pangkin rumah menikmati keindahan alam.
Yah:
Tulisan
khat tulisan berseni,
Bila
menulis perlukan sabar,
Lama
tak bertandang daerah ini,
Sekadar
menyinggah bertanya khabar
Esah(Nisa):
Perkara
tak baik jangan diundang,
Hidup
ini hanyalah sementara
Dah
orang yang tak sudi nak bertandang,
Jawab
jugalah yang kita ni sihat sejahtera
Senah, aku dengar
cerita laki kau sudah naik pangkat iya?
Yah(Remy): Ish kamu ni, belum jadi laki aku
lagi. Baru bertunang sahaja. Tapi doakan yang baik-baik sahaja iya.(malu-malu)
Esah: Suka aku lihat kamu berdua. Aku
ada satu pantun untuk kau ni;
Tumbuh
mekar si bunga melati,
Sayang
dipatuk burung merbah,
Mail
Yah pasangan sejoli,
Bila
mahunya bina mahligai kasih?
Yah: Malu lah kita begini, Senah.
Cakap-cakap ini, laki kau pula mana iya?
Esah: Aku tak tahu lah, Senah. Orang tua
ni dari pagi lagi menghilangnya!
Pergi
Behrang membeli kuini,
Dalam
perjalanan terjumpa Pak Belang,
Ke
mana hilangnya laki aku ini?
Sudah
dinihari masih tak pulang.
Pencerita: Sedang Yah dan Esah
sibuk bersembang, rupa-rupanya askar komunis telah menyusup ke dalam kampung
mereka. Askar komunis telah menawan semua penduduk di Kampung Bukit Kepong
termasuk jugaYah dan Esah.
Cikai (AIDIL) : Serang jom! Bunuh
penduduk kampong!
Apalah
makna membawa parang,
Jikalau
tidak membawa belati,
Apalah
makna ke medan perang,
Kalau
tidak berani mati .
Jeneral Chin Peng (Ali) : Haaa, bunga
sudah jumpa, aku mahu petik bunga-bunga ini! Mari Cikai kita petik bersama
hahahahaha (gelak jahat)
Cikai(Aidil) : Wahh..gadis
cantik,boleh berhibur malam ini.
Eh Jeneral….bukankah
gadis ini tunang si Sarjan Mail??
(Kata Cikai sambil
memerhatikan Yah)
Jeneral Chin Peng (Ali) : Eh iyakah??
Yaaa lagi bagus dari apa yang aku sangka hahaha
( Esah Dan Yah telah
diculik oleh Jeneral Chin Peng dan Cikai)
BAB
4
Lokasi: Markas Askar
Melayu
Pencerita: Perbuatan askar-askar
komunis telah disedari oleh salah seorang askar Melayu, iaitu Koperal Amir.
Ketika itu, Koperal Amir sedang melalukan rondaan rutin. Beliau seterusnya
melaporkan kepada ketuanya iaitu Sarjan Mail.
Koperal Amir(Afiq): Tuan, orang-orang
kampung kita telah ditangkap oleh askar komunis!
Sarjan Mail: Macam mana kau tahu orang kampung
kena tangkap?
Koperal Amir (Afiq): Tadi semasa dalam
perjalanan, saya ternampak orang mereka menjerit meminta tolong dan saya nampak
juga kekasih hati tuan, si Yah.
Sarjan Mail: APA?? Ini tak boleh jadi ni
dengan kekasih hati aku sekali mereka tangkap.
Kekuatan
hang jebat sangat terserlah
Kesilapan
jebat hanya derhaka
Pantang
aku menyerah kalah
Apalagi
disentuh orang ku cinta
Apa lagi mari kita pergi selamatkan mereka!
Koperal Amir (Afiq):
Cantiknya
gelang pada ukiran
Diserikan
pula emas permata
Biar
hilang nyawa di badan
Jangan
kita berputih mata
BAB
5
Lokasi: Tempat tawanan
askar komunis
Pencerita: Peperangan telah
berlaku antara askar Melayu dengan gerila komunis. Tambahan pula, apabila salah
seorang tawanan gerila komunis merupakan tunangan Sarjan Mail, hal ini lebih
membangkitkan kemarahan Sarjan Mail.
Jeneral Chin Peng (Ali) : hahaha memang
silap mereka cari pasal dengan kita, Cikai ! Kita gerila komunis !
Cikai (Aidil) : Awak cantik la, mari
sama abang! (Cikai mengusik Yah)
Yah (Remy) : Jangan kacau akulah!
Cikai (Aidil): Ala..janganlah marah
Yah(Remy):
Belakang
parang diasah jangan,
Tajam
depan tajam belakangnya,
Kurang
ajar apakah hukuman,
Buku
lima di pipi lah jawabnya
Pencerita: Sedang tentera
komunis membuat kawalan di sekitar kawasan tawanan, mereka tidak sedar bahawa
askar-askar telah menyusup masuk. Sarjan Mail dan anak-anak buahnya telah mengendap
masuk dan Sarjan Mail seterusnya memberikan arahan untuk menyerang gerila komunis.
Cikai: KITA DISERANG!!!
(Berlaku pertempuran antara Sarjan Mail dengan
Cikai, tidak lama kemudian Cikai telah ditikam oleh Sarjan Mail)
Cikai:
Pagi indah bergema takbir
Menghiasi
hari pagi sanubari
Jangan
ingat sudah berakhir
Pasti
dijajah tanah ini
(Jeneral Chin Peng
berasa begitu marah apabila anggota setianya, Cikai telah dibunuh. Dia
ternampak Koperal Amir sedang menyelamatkan tawanan, lalu dia melepaskan
tembakan ke arah Koperal Amir dan Koperal Amir akhirnya menghembuskan nafas
terakhir)
(Pertempuran antara
Sarjan Mail dengan Jeneral Chin Peng)
Jeneral Chin Peng:
Keris
berdarjat tiga belas selok
Buat
pakaian panglima berjanggut
Sarang
tebuan jangan dijolok
Harimau
tidur jangan dikejut
Sarjan Mail:
Bawang
merah dibuat tumis,
Tersekat
makan di celah gigi
Celaka
engkau wahai komunis
Membuat
rosak di Tanah kami!
Pencerita: Sarjan Mail tidak
meneruskan niatnya untuk membunuh Jeneral Chin Peng apabila dihalang oleh
tunangannya, Yah atas alasan perikemanusiaan. Kompeni yang diketuai oleh Sarjan
Mail telah berjaya menyelamatkan orang-orang kampung daripada menjadi tawanan
komunis.
(Sarjan Mail mencari
Yah)
Yah:
Salah
bicara terasa hati,
Jangan
pula simpan lama-lama,
Puas
kutunggu puas kunanti,
Baru
kini kanda menjelma.
Sarjan Mail:
Hinggap
merpati di pohon cemara,
Pohon
cemara tempat digemari,
Duhai
dinda yang kucinta,
Lautan
hati sanggup kurenangi
Pencerita: Setelah beberapa minit kemudian, askar bantuan telah datang
meyelamatkan orang kampung dan menangkap Jeneral Chin Peng. Jeneral Chin Peng
mula berasa bersalah di atas tindakan yang telah dilakukannya.
Jeneral Chin Peng:
Kerja
di dusun satu hari,
Sampai
gelap terlupa makan,
Saya
menyusun sepuluh jari,
Silap
silap harap maafkan.
BAB
6
Pencerita: Kembali ke masa kini,
kisah hidup Atuk telah menyebabkan Afiq dan Aidil sedar akan betapa besarnya
pengorbanan perajurit-perajurit Tanah Melayu dalam mengekalkan kemerdekaan
negara.
Afiq: (kepada Atuk)
Di
dahan tinggi burung tekukur,
Dalam
sarang duduk mengeram,
Maafkan
kami sebelum tidur,
Semoga
tenang aman tenteram
Aidil: Maafkan kami Atuk. Atuklah Wira
Malaysia!
Terbang
tinggi si cenderawasih,
Damai
senja petang menghilang,
Tabik
hormat menjunjung kasih,
Engkaulah
pahlawan negara terbilang
(Pencerita: Ketika mereka sedang
bersembang, tiba-tiba ada suara telah menyapa Atuk)
Jeneral Chin Peng: Mail! Kamu apa
khabar? Sudah lama kita tidak ketemu
Atuk: Khabar baik Chin Peng. Sudah 60 tahun
kita tidak bertemu
Afiq: Eh Atuk, siapakah orang Cina ini?
Atuk: Oh inilah dia Jeneral Komunis yang
Atok hampir-hampir bunuh dahulu. Tetapi disebabkan nenek kamu, Atuk tak jadi
bunuh.
Jeneral Chin Peng: Saya dengan Atok kamu
ini sudah lama berbaik-baik setelah merdeka.
Pergi
bertapa di hutan Miri,
Bekalan
dibawa sebuah delima,
Sahabat
handai sukar dicari,
Susah
senang kita bersama.
Pencerita: Tiba-tiba Atuk
menghadapi serangan jantung dan rebah jatuh ke lantai. Mereka cuba untuk
menyelamatkan Atuk namun tidak berjaya. Sebelum Atok Menghembuskan nafas
terakhir, beliau telah menyampaikan satu pesanan.
Afiq:
Menangis
sendiri dosa terbayang,
Jangan
lambat mari bertaubat,
Tahan
Atok tahanlah sayang,
Kita
akan segera berubat.
Nenek:
Hijau
nampaknya Bukit Barisan,
Puncak
Kinabalu dengan Singgalang,
Terbang
nyawa dari badan,
Kasih
di hati takkan hilang.
Atuk:
Teguh
berdiri si pohon jati,
Menjadi
saudara pohon cemara,
Tidak
hilang Melayu di bumi,
Jangan
alpa hendaklah pelihara
Pencerita: Walaupun Sarjan Mail
telah kembali ke rahmatullah, namun riwayat hidupnya yang telah diceritakan
kepada cucunya telah memberi kesan mendalam terhadap cucunya. Seharusnya, kita
sebagai anak muda hendaklah sentiasa berbangga dengan jasa-jasa yang telah dicurahkan
oleh para perajurit Negara. Mereka telah banyak menabur berbakti kepada negara
kita.
Akhir kata, izinkan saya memberikan serangkap pantun.
Jambatan
kayu buatannya lepa,
Tepi
tangga letaknya cenggi,
Sejarah
negara jangan mudah dilupa,
Agar
tragedi lampau tidak berulang lagi
Ulasan
Catat Ulasan